Home → → Sentuhan pereka Pantai Timur (Utusan Malaysia)

Sentuhan pereka Pantai Timur (Utusan Malaysia)

Senin, 10 Mei 2010
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



BERLATAR belakang suasana kampung, gaya sopan dan anggun ini mencuri tumpuan. Penampilan lebih menyerlah apabila menggayakan busana pengantin dengan fabrik moden dan tradisional. Memenuhi impian pasangan pengantin yang ingin bergaya cantik dan sopan, butik andaman, C-kin Anggun Collection yang dibuka sejak 15 tahun lalu menampilkan koleksi fesyen pakaian pengantin terkini.

Memudahkan pelanggan membuat persiapan dan mencari segala keperluan untuk hari perkahwinan mereka, butik milik Ropidah Abd Majid ini menyediakan perkhidmatan perkahwinan pakej serba lengkap termasuk pelamin.

Butik yang terletak di Temerloh, Pahang ini bukan sahaja mendapat sambutan di Pantai Timur bahkan serata tempat termasuk Kuala Lumpur.

Kebanyakan koleksi C-kin Anggun menggunakan pelbagai fabrik termasuk renda Perancis di samping songket, sutera Thai dan sifon. Begitu juga koleksi kasut, ada banyak pilihan dan ini memudahkan bakal pengantin memilihnya.

Lebih menarik, butik itu turut mengetengahkan pelbagai gaya layah menarik serta memikat hati yang boleh dipadankan dengan gaya busana pengantin daripada berunsur klasik dan tradisional hinggalah rekaan moden. Butik ini sentiasa cuba untuk memenuhi cita rasa pelanggan dan menampilkan gaya sopan yang menawan.

Justeru itu, butik andaman ini terus menjadi buruan bakal-bakal pengantin terutama menjelang musim cuti persekolahan. Lebih-lebih lagi promosi melalui potongan harga akan menarik perhatian pelanggan terutamanya pada November dan Disember ini. Menyentuh mengenai perancangan masa depan, Ropidah menyimpan hasrat mengembangkan lagi perniagaannya dengan memiliki cawangan butik di setiap daerah di negeri Pahang.

Bagi yang berminat mendapat perkhidmatan boleh menghubunginya di talian 019- 9320162/019-9116410/09-2967982 atau kunjungi butiknya di No. 24, Tingkat Atas, Jalan Sudirman 6, Temerloh, Pahang atau layari ckinanggun.blogspot.com.

0 Komentar Untuk "Sentuhan pereka Pantai Timur (Utusan Malaysia)"

Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon

Terimakasih atas komentar Anda di "Sentuhan pereka Pantai Timur (Utusan Malaysia)"